PKPD Pusat Bandar Utara, kawasan sekitar Pasar Borong KL ditamatkan

0
206
ATM berkawal di salah sebuah PKPD yang diwartakan

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang ditamatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhan jumlah kes positif di lokasi terbabit ialah sebanyak 197 kes dan satu kematian melibatkan warganegara Myanmar.

“Lokaliti seterusnya iaitu Selayang Baru dan kawasan Pasar Jalan Othman tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes pada hari ini,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dalam pada itu, katanya, setakat hari ini pihaknya telah melakukan saringan di 270 pasar di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 34,624 peniaga dan lain-lain telah dikenal pasti dan jumlah yang diuji ialah seramai 25,740.

Katanya, daripada jumlah itu, mereka yang positif ialah seramai 249 orang.

Sementara itu, katanya, dua kluster iaitu Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh dan Kluster Pekan telah ditamatkan.

Beliau berkata, Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh merekodkan sejumlah 18 kes dan tiada kes kematian.

“Kluster Pekan pula merekodkan sejumlah 22 kes dan tiada kes kematian,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here