PKPD sekitar Jalan Masjid India ditamatkan

0
214

SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion, dan kawasan sekitar Jalan Masjid India ditamatkan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan PKPD ke atas Pusat Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor ditamatkan.

“PKPD Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, Parcel A dan B yang meliputi Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur serta Pasar Borong Kuala Lumpur akan tamat pada hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Bagaimanapun beliau memaklumkan, kawalan ketat bagi Parcel C, D, E1, E2, E3 dan F PKPD Pusat Bandar Utara dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

Katanya tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia kekal di rumah supaya kekal selamat.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here