Premis pajak gadai diserbu

0
594

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kedai pajak gadai adalah antara perniagaan yang turut diserbu oleh orang ramai pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Melalui perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang warga maya, Huan Cheng Guan di Facebooknya, sebuah kedai pajak gadai menerima kehadiran pelanggan sehingga terpaksa beratur panjang sebelum dapat memasuki premis itu.

Menurutnya, orang yang susah berbeza dengan orang yang kaya.

“Susah orang susah lain dengan sudah orang kaya. Penuh pajak gadai ini.

“Susah orang kaya masih boleh pilih apa mahu makan, apa jenis kereta mahu pakai. Jika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sambung lagi enam bulan mereka masih boleh ketawa lagi,” kongsinya.

Jelasnya, bagi mereka yang tidak bekerja hari ini sudah pasti satu keluarganya tidak tahu hendak makan apa.

“Bagi orang susah kalau tak kerja hari ini, esok satu keluarga mahu makan apa pun tak ada,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here