Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball ada gelatin babi

0
2652
Pek bungkusan Brown Sugar Bubble Tea Ball

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk Brown Sugar Bubble Tea Ball tidak halal kerana mengandungi sumber bahan ramuan daripada gelatin babi.

Menurut Jakim dalam satu kenyataan, produk ‘bubble tea’ tersebut diimport dari Taiwan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura.

“Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal daripada Jakim/Jabatan Agama Islam negeri atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

“Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi,” katanya hari ini.

Jakim berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan orang ramai berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal.

Sehubungan itu, Jakim menasihatkan pengguna khususnya pengguna Islam agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here