Pusat beli belah boleh diarah tutup jika tiada penjarakan sosial

0
115

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kerajaan boleh mengenakan tindakan untuk tidak membenarkan pemilik perniagaan meneruskan perniagaan sekiranya gagal mematuhi syarat prosedur operasi (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan pelanggan pusat beli belah supaya mengamalkan penjarakan sosial bagi menjaga kepentingan kesihatan mereka.

“Keputusan membenarkan sebuah premis perniagaan dibuka kita benarkan mereka dengan syarat-syarat tertentu antaranya penjarakan sosial sewaktu mereka beratur untuk memasuki kedai.

“Kita mengenakan syarat SOP itu supaya di dalam kedai juga dikawal dari segi jumlah kemasukan pelanggan kerana kita mahu penjarakan sosial turut dilaksanakan di dalam kedai,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, perkara-perkara lain yang diutamakan termasuklah penggunakan sanitasi tangan yang merupakan syarat SOP.

Jelasnya, pelanggaran syarat SOP itu membolehkan arahan penutupan premis perniagaan dikeluarkan.

“Insya-Allah saya percaya pasukan ‘taskforce’ untuk memantau pematuhan ini terus digerakan ke kawasan-kawasan seperti di premis pusat beli belah itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here