Raudhah Grocer tawar pelbagai barangan segar sempena PKPB

0
556

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini Raudhah Grocer di Malakat Mall, Cyberjaya menyediakan pelbagai barangan segar khas buat pelanggan.

Melalui perkongsian di Facebook Malakat Mall hari ini mengajak pelanggan bertukar segala perbelanjaan bulanan ke Raudhah Grocer berbanding mendapatkan barangan di pasaraya-pasaraya biasa.

Menurutnya, lebih 78 peratus barangan di Raudhah Grocer merupakan produk keluaran usahawan Muslim.

Pusat beli belah itu mengajak semua pengguna yang menyokong Buy Muslim First (BMF) zahirkan sokongan dengan berbelanja di Raudhah Grocer.

“Di sini pelanggan bukan sekadar berbelanja tetapi sebagai menyahut satu perjuangan untuk menaikkan ekonomi Muslim.

“Bayangkan daripada 110 billion perbelanjaan runcit pada tahun 2019 hanya lapan peratus dimiliki oleh usahawan atau peniaga bumiputera maknanya hanya kurang dari 9 billion ringgit,” katanya.

Soalnya lagi, kenapa harus biarkan perkara ini berterusan?

Perkongsian itu turut menjelaskan dahulu mungkin kerana tiada pilihan, tetapi hari ini wujud pelbagai pilihan.

“Perjuangan hari ini bukan perjuangan memegang senjata, tetapi perjuangan untuk menaikkan ekonomi.

“Di Malakat Mall dan Raudhah Grocer juga bukan sekadar menaikkan ekonomi tapi kita hendak menukar dari sistem kapitalis sedia ada kepada ekosistem ekonomi Islam yang lebih adil dan paling utama untuk mengeluarkan kita dari sistem riba yang memang dituntut oleh Allah,” kongsinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here