Rebut peluang berniaga tanpa sewa di Malakat Mall

0
2048

RAUDHAH CITY – Pusat beli belah Muslim pertama negara, Malakat Mall membuka peluang kepada usahawan bumiputera untuk berniaga di dalamnya tanpa dikenakan sewa kepada mereka.

Menurut hantaran akaun Facebook Malakat Mall, program yang dikenali Ruang Niaga Usahawan Muslim Malakat Mall itu menyifatkan pihaknya memahami ramai usahawan sangat terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Kata kenyataan itu, akibatnya ramai yang tidak boleh berniaga di tempat biasa sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

“Bagi membantu usahawan-usahawan Muslim, Malakat Mall menawarkan ruang dan peluang kepada semua usahawan untuk berniaga dengan kos sangat minimum dan terma yang mudah.

“Antaranya sewa percuma, bayaran utiliti hanya RM1,000, usahawan hanya bayar 10 peratus daripada hasil jualan, tempoh berniaga sehingga 30 Jun ini.

“Selain itu waktu perniagaan adalah dari 10 pagi hingga 6 petang, tiada aktiviti memasak dan tapak perniagaan bersaiz 8×10,” kata kenyataan itu.Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk menyertainya boleh mendaftar di https://bit.ly/UsahawanMalakatMall . – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here