Rentas negeri: Cubaan pulang ke kampung meningkat

0
186

CYBERJAYA – Jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri dipercayai untuk pulang ke kampung tidak menunjukkan penurunan sebaliknya terus meningkat dengan mencatatkan 3,212 kenderaan diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah hasil 216 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara, semalam dengan memeriksa 318,082 kenderaan.

“Yang berminat balik kampung berhari raya masih ramai dan cuba untuk lepas daripada sekatan jalan raya.

“Setakat ini pihak polis tegas dan tidak membenarkan sesiapapun merentas negeri untuk balik ke kampung,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Beliau menambah, kesemua mereka yang memberi alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

“Ingin diingatkan sekali lagi pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan kecuali atas hal kecemasan atau kerja, dan kebenaran rentas negeri perlu dikeluarkan oleh PDRM,” katanya. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here