Rentas sempadan sambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan

0
195
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjalanan rentas sempadan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.

Menurutnya, majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan
bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian sertaerhimpunan juga tidak dibenarkan.

“Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara. Senarai ini akan disemak dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes-kes jangkitan Covid-19, ” katanya pada perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.

Muhyiddin berkata, untuk aktiviti sukan rakyat boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

“Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,”  katanya.

Muhyiddin berkata, perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selain terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

Katanya. buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here