‘Restu ibu penting jika mahu berjaya’

0
651

RAUDHAH CITY – Bermula dengan melukis bersama abangnya diatas kertas, impian Pengarah Urusan Brainy Bones, Hilmi Ismail untuk menghasilkan animasi sendiri tercapai apabila berjaya mencapai kejayaan dalam meraih pelbagai anugerah dalam filem pendek animasi KRING!.

Kejayaan itu dikongsi dalam bebenang akaun Twitter milik beliau selepas mendapat permintaan daripada pengikutnya yang mahu mengetahui resipi kejayaannya dalam bidang itu.

Malah lebih mengejutkan beliau turut dicabar gurunya kerana memilih bidang ini yang dianggap tidak mempunyai masa depan sebaliknya membuktikan impian boleh menjadi kenyataan jika berusaha untuk mencapainya.

Apa yang utama restu ibu amat penting dalam melihat kerjayanya yang dipilih diberkati.

Perkongsian beliau itu diharap memberi inspirasi kepada pelajar sekolah diluar sana dalam mencapai cita-cita dengan tidak mudah berputus asa untuk memperolehnya.

Berikut adalah catatan beliau menerusi bebenang dalam akaun Twitter miliknya. 

Aku hendak ceritakan semoga boleh menjadi bagi inspirasi kepada orang-orang yang membaca terutama adik-adik sekolah yang teringin mengejar minat.

Aku daripada kecil memang suka melukis dengan abang aku sekali. Siap ada buku log panjang. Satu hari sekurang-kurangnya satu lukisan kami akan tiru. Aku muka surat kiri, abang aku kanan. Pendekar Laut, Dragon Ball, macam-macam lah.

Minat melukis ini aku tak pasti datang daripada mana. Mungkin sebab mak aku pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ayah aku pun boleh melukis. Tapi aku masa kecil tak pernah tengok pun mak ayah aku melukis.

Dekat sekolah pun aku melukis dalam buku latihan, dekat papan hitam, atas meja. Meja penuh, padam balik sampai bersih, lukis balik. Tapi nak kata hebat sangat pun masa itu time tak jugak. Ada la kawan-kawan lain yang melukis jugak. 

Tengok kartun pun memang selalu lah. Budak mana tak suka kartun kan? Sanggup tahan mata nak tengok Futurama tengah-tengah malam. 

Nak dijadikan cerita satu hari tu masa aku umur sembilan tahun (1999) kawan aku, Hisyam perkenalkan kat aku tentang perisian Macromedia Flash. Dia kata perisian itu boleh buat kartun dan permainan ringkas komputer.

Dia memang komputer geek sikit. Aku kerja main game je dekat Personal Computer (komputer peribadi) waktu itu. Lepas tu dia tunjuk sikit cara guna. Boleh buat bulat dan boleh animate dari point A to point B.

Tu sahaja dia tunjuk. Selepas itu aku pinjam installer bawa balik rumah. Antara flash animation yang paling aku suka tengok waktu itu dari Joecartoon. Dia buat animasi pasal lalat. Hari-hari aku tengok kah3.

Zaman tu tiada YouTube jadi tengok dekat website (laman sesawang) dia terus dengan internet line telefon Haha. Bila dah install Macromedia Flash aku cuba-cuba la. Ingatkan senang. Rupanya susah gila hahah. Zaman tiada tutorial. YouTube pun tiada.

Jadi, aku baca help je cara nak guna dari A hingga  Z. Aku ikut setiap langkah dan daripada situ aku dah pandai buat simple movement, tweening, shape tweening, main-main layer sikit, simple coding sikit. 

Jadi, aku mula buat simple-simple  animasi lalat juga macam Superfly. Bila ada keluar flash animation yang best-best macam Stickman aku cuba tiru. Sampai darjah 6 aku dah berjaya buat animasi orang lidi tembak-tembak.

Sound effect semua aku ambil dari CS (Counter Strike iaitu sejenis permainan komputer)  je kahkakah. Sedihnya PC tu dah rosak. Semua habis.

Apabila aku masuk tingkatan 1 hobi animasi aku terhenti sebab kena masuk asrama. Haha sedih kot. Aku cuma boleh melukis-melukis je lah kat asrama. Dah la belajar bidang sains.

Masa itu aku masuk Sekolah Menengah Kebangsaan  St. John dan bawah Yayasan Selangor, ATDI dekat Kampung Pandan. Masa berlalu, tingkatan 3 aku keluar asrama  sebab tak tahan kat situ kawan-kawan banyak main aku tak boleh fokus pelajaran.

Duduk rumah pergi sekolah ulang alik wangsa maju ke bukit nanas. Jadi aku boleh sambung balik main flash and main game haha. Tahun yang sama jugak kakak aku perkenalkan perisian Photoshop dekat aku. Belajar la sunting-sunting  gambar senget, latar belakang hitam putih, tulisan fancy-fancy kahkahkah. 

Tiba-tiba tingkatan 4 aku kena masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar pulak. Hahaha tinggal lagi la gamaknya. Rupanya tak, dekat situ memang ada kelas komputer belajar flash seminggu dua kali kalau tak silap aku. So aku dengan berlagaknya boleh siapkan semua tugasan laju-laju kahkahkah. 

Dekat situ juga aku mula aktif kelab-kelab persatuan ini. Aku guna kemahiran Flash untuk buat montaj program-program dan lain-lain. Kira boleh la acah-acah kemahiran sambil-sambil belajar sains.  

Sindiran cikgu jadi motivasi sambung bidang reka bentuk grafik

Habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), cuti panjang aku godek-godek lagi Flash dengan Photoshop dekat rumah.Alhamdulillah keputusan SPM aku pun ok la jugak. Dalam kepala aku sepanjang dekat sekolah itu sama ada hendak sambung belajar reka bentuk grafik  atau seni bina. 

Siap ada cikgu MRSM aku marah, “Why are you even here?” (Kenapa kamu berada di sini?) bila aku cakap nak sambung belajar dalam reka bentuk grafik.

“Tidak mengapa madam, Saya ambil kata-kata madam sebagai motivasi.” 

Ada sekali itu aku pergi pameran angkawasan dekat KLCC. Zaman itu tengah naik nama Dr. Sheikh Muzaphar (angkasawan negara). Dia pulak alumni kita orang. Dekat sana kebetulan agensi-agensi lain pun buka gerai termasuklah Perbadanan Ekonmi Digital Malaysia (MDEC). 

Aku pun singgah gerai MDEC. Mereka masa itu menayangkan trailer filem animasi Saladin yang tengah popular. Aku baca risalah MDEC kata dalam lima tahun industri animasi Malaysia akan berkembang dan banyak peluang pekerjaan. Memang berbunga-bunga la hati aku. 

Hendak dijadikan cerita aku sambung belajar masuk matrik atas pujukan mak aku hahahah. Mak aku kata “masuk matrik setahun ada masa nak fikir sambung belajar apa.” Aku ikut kata mak.

Belajar Sains Lagi

Tapi aku ok je sebab aku suka matematik dan fizik. Kimia je aku tak boleh terima. Sepanjang dekat matrik pun aku selalu buat montaj tolong kawan-kawan wakil pelajar buat program majlis. Ada juga buat pengambaran dan suntingan video.

Masa ini aku mula teroka Adobe Premiere Pro. Takkan nak guna movie maker je kan kahkahkah. Dan sepanjang dekat matrik jugak aku fikir macam mana aku nak sambung belajar bidang animasi ini. Masa itu pula animasi Upin Ipin tengah naik (popular). Kakak aku yang mula cadangkan Universiti MultiMedia (MMU). Dia kata situ bagus dan terbaik dari tempat lain.

Dia (kakak) pun macam nak sambung ijazah situ katanya (masa itu dia diploma reka bentuk dalaman UiTM). Jadi, aku pun sedikit penyelidikan pasal kos animasi di MMU ini. Bukak website, baca syarat-syarat, baca course outline, senarai-senarai subjek apa semua. Geng (kawan) yang buat Upin Ipin pun dari MMU.

Ayah kata ok mak pulak..

Aku rasa inilah tempat aku kena pergi. Aku nekad. Aku jumpa ayah aku dia ok. Lepas itu jumpa mak pulak. Masa itu cuti raya dan macam normal agak susah nak convince mak aku. Dia pun nak aku sambung dalam kejuruteraan. 

Pujuk punya pujuk. Siap kakak tolong backup (sokong). Mak aku macam lembut hati sikit tapi masih tidak bagi ‘lampu hijau’ lagi.

Ok takpelah. Kita sayang mak. kita respect. Masa itu masih lagi belajar kat matrik. Masuk hujung-hujung matrik kena isi UPU. Mula-mula aku isi la kejuruteraan je semua (dah pujuk hati). Pilihan satu hingga lapan semua kejuruteraan dan hantar. 

Habis belajar matrik, tiba-tiba aku terfikir satu trick. Sampai masa untuk isi UPU kedua, aku tukar semua pilihan aku jadi kos multimedia. Kemudian aku buat sikit penyelidikan dalam subjek multimedia dekat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tengok course outline dia mengarut gila. Benda-benda asas yang aku dah tahu dan boleh belajar sendiri. Dalam masa yang sama aku mohon jugak MMU. Semua aku buat sendiri. Isi borang ke apa ke. Semua lah.

So lama sikit aku dapat tawaran MMU, foundation in multimedia dan boleh sambung ijazah animasi (salah satu pilihan) lepas tu. UKM pun aku dapat kos ijazah multimedia.

Tak Rugi Pun Aku Tuntut Ilmu di Matrik

Aku print both, MMU punya dan UKM punya. Dan aku tunjuk kat mak aku. “Mak tengok ini, rugilah kalau ambil kos multimedia ini. Baik masuk MMU boleh belajar banyak benda baharu.” Lebih kurang macam tu la aku cakap. 

So mak aku pun setuju untuk aku masuk MMU. Walaupun dia sebenarnya tak berapa setuju. Haha terima kasih mak!

Dan masa itu juga ramai cakap kat aku rugi sambung foundation balik. Rugi setahun belajar matrik bla bla bla. Ahhh jangan sibuk. Tak rugi pun aku tuntut ilmu kat matrik. Maka aku pun masuk MMU. Happy boy.

Baru masuk tiba-tiba aku ditawar jawatan dalam persatuan Institusi Usrah. Gila mereka ini. Paksa rela. Aku pun layan je lah. Sepanjang foundation memang aku pulun habis sebab syarat nak sambung ijazah animasi kena pointer 3.0 ke atas. Aku tak nak kos ijazah lain. Aku nak animasi jugak Hahah.

Apabila balik rumah je aku tunjuk tugasan aku dekat mak. Lama-lama mak dah mula suka dengan hasil-hasil seni aku. Habis foundation dapat sambung Ijazah dalam Filem dan Animasi Alhamdulillah.

Azam Buka Studio Sendiri

Oh ye belajar dekat MMU aku pinjam PTPTN. Memang yuran mahal tapi sebab aku azam nak kerja bidang ini dan nak buat studio sendiri sampai mampu bayar balik hutang belajar, aku sanggup Hahaha. 

Masuk semester pertama aku banyak main dan banyak fokus persatuan lagi daripada study. Biasala remaja kan. Hahaha. Sekali semester pertama aku dapat pointer 2.50 hambek kau terceduk disitu.

Mak aku pun apa lagi “haa kan mak dah kata jangan ambik kos ni.” Sedih gila. Jadi aku nekad. Kembali ke pangkal jalan. Aku fokus study, dalam masa yang sama persatuan masih berjalan, usrah masih pergi, futsal dan permainan lain masih main tiap-tiap hari.

Semester kedua Alhamdulillah pointer aku naik jadi 3.50. So CGPA dah 3.0. Stabil balik. Lega. Sejak daripada situ aku dah tau nak imbangkan pelajaran dengan kehidupan. Nasyid ke alumni matrik ke apa ke semua cuba buat elok-elok. 

Dekat MMU ini banyak benda aku belajar pasal animasi. Daripada kemahiran teknikal menggunakan perisian 3D, 2D dan lain-lain sampai ke story telling, sound editing, shooting etc. Banyaklah.

Memang aku tak rasa rugi masuk sini. Selepas itu penghujung tahun kedua aku kena intern. Cari punya cari alhamdulillah dapat dua tempat. satu dekat Sunway dan satu lagi dekat Animonsta.

Jalani Latihan Amali di Animonsta Studio

Aku masuk intern dekat Animonsta and terlibat buat BoboiBoy musim kedua. Dalam tiga episod je sempat. Ada nama aku dalam kredit. Lepas habis intern bermula tahun akhir dan kena buat projek akhir tahun.

Sejak intern lagi kitaorang dah ada group member untuk projek akhir tahun dan perlahan-lahan rancang mulakannya. Mula saja terus buat. Tema yang diberikan adalah ‘Change’. Maka terhasillah ‘Mechanicman‘.

Mechanicman ni ada cerita sedih dan gembira.

Sedih: kita orang tak sempat siap by the time kena persembahkan depan orang industri. hampeh gila rasa. Dah la kawan-kawan semua macam beria-ia nak tengok sekali tak siap. Menangis dalam hati. 

Gembira: bila dah siap and publish online, ramai suka. Kawan-kawan semua sokong.

Dan paling menarik ‘Mechanicman‘ terpilih masuk festival filem dekat Mesir. Alhamdulillah! Lepas habis projek akhir tahun ada lagi dua semester lagi. Aku sengaja tambah satu semester sebab nak kurangkan subjek waktu projek akhir tahun. Nak fokus hasilkan yang terbaik projek akhir tahun (walaupun tak siap on time).

Dapat Tawaran Bekerja di Brainy Bunch

Tapi waktu tambah semester itu ada satu dan dua subjek sahaja. Aku sambil-sambil itu kerja dekat syarikat baharu dibuka kawan aku company, Xevetor Studio buat projek GO-3. Ada la beberapa bulan aku kerja situ.

Lepas tu aku berhenti sekejap sebab nak buat sepenuh masa freelance.

Dalam masa sama memang aku dengan kawan-kawan satu kelas dulu ada rancang nak buka studio animasi sendiri. Mula kecil-kecilan dulu.  Tiba-tiba bulan Januari 2014 ada sorang ustaz ini tawar aku kerja dekat Brainy Bunch sebagai motion graphics artist.

Aku pun mencuba je lah sebab aku nak kahwin tahun itu hahaha. Beberapa bulan kerja di situ kerja macam biasa. Rancang hendak buka studio animasi dengan kawan-kawan tadi pun masih berjalan dan baru peringkat perbincangan. 

Aku mula rapat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Brainy Bunch,  Mr. Mohd. Fadzil Hashim. Aku tolong dia apa yang boleh.

Waktu itu dia dah mula buka beberapa subsidiari dibawah Brainy Bunch. Tiba-tiba dia cerita kat aku ada cita-cita nak buka studio animasi. Dah siap ada bajet dan kertas kerja. Aku pun cakap aku ada kawan-kawan yang minat nak buka studio ni tetapi kita orang semua graduan muda lagi.

Beliau ajak berjumpa. Jumpa dan berbual entah macam mana Allah buka pintu hati beliau untuk percaya kumpulan budak hingusan ini uruskan permulaan studio animasi dia. 

Maka terbentuklah Brainy Bones Studios secara tidak rasmi pada Mei 2014. Projek pertama kita orang untuk fokus pada kandungan prasekolah dan tadika Brainy Bunch.

Episod Pertama Animasi Brainy Bunch

Kita orang mula dengan empat individu utama tambah dua lagi ahli baharu kumpulan. Perlahan-lahan tambah lagi seorang dua, ambil pelajar intern dan lain-lain.

Projek ini makan masa tiga tahun untuk siapkan sebab kita orang tak ramai. Siap 50 episod x 2 hingg 3 minit. Budak-budak muda yang mula berniaga biasalah ada tak kena sana sini. Tapi sedihnya ada sekali tu gaduh besar jugalah dan salah sorang daripada empat individu utama berhenti.

Dan tahun seterusnya lagi dua orang pula berhenti sebab nak cari benda baharu hendak buat.

Tinggal dua orang masa itu. Aku dengan Pecal yang buat audio. Aku macam nak give up dah tapi aku rasa still boleh lagi go. Mr. Fadzil pun masih bagi semangat dekat aku.

Pecal pun cakap “Hilmi, kau stay aku stay.” Macam drama tv sikit kan

Tapi sebelum dua individu utama keluar, mereka tolong carikan ahli pasukan baharu. Temuduga mereka tolong. Keluar pun cara baik. Jadi, kita orang macam start fresh semula.

Bermulalah Projek Animasi KRING!

Ada beberapa kertas cadangan dan draf rekaan sudah ada. Cerita superhero, nak sambung Mechanicman dan lain-lain. Suatu hari Mr. Fadzil cakap “Why not korang buat animation pasal cikgu? Cerita pasal pengobanan cikgu. Kita hargai cikgu.”

Dari situ kita orang mula brainstorm dan maka terhasillah KRING!

**AWARD WINNING** SHORT ANIMATED FILM on Dyslexia | KRING! | Teacher Suraya

Rezeki kita orang, salah sorang ahli kumpulan yang baharu ini ada pengalaman tinggi. Semua konsep KRING! yang cantik tu dia la buat.

Follow lah @zeddaa_ artwork dia semua ohsem sepanjang buat KRING! Ini. Alhamdulillah rezeki terus datang satu persatu.

Mula-mula tengah dalam fasa pembangunan kebetulan MDEC buka pertandingan  IPCC2018. Kita orang cuba nasib dan menang Alhamdulillah.

Lepas tu sedan mahu menyiapkan animasi itu dapat panggilan Astro. Mereka  berminat nak beli KRING! untuk program Hari Guru 2019 dalam Astro. Aku macam tak percaya haha.

Kita orang kena pulun lagi cepat dari deadline MDEC untuk siapkan. Masa Hari Guru pertama kali KRING! ditayangkan kepada umum dan baru dimasukkan dalam YouTube..

KRING! Menang Anugerah Antarabangsa

Masa berlalu, kita orang terpilih masuk beberapa Pertandingan Filem Antarabangsa dan Alhamdulillah menang satu anugerah di Lyon, Perancis.

few international festival films and alhamdulillah akhirnya menang satu anugerah dekat Lyon, Perancis.

Sekarang jumlah tontonan KRING! di saluran YouTube sudah cecah 750,000 tontonan. Kita orang pun da mula mini siri dalam talian. Dalam masa sama kami tengah rancang untuk buat siri penuh di televisyen. Insya-Allah. Doakan kita orang!

Hilmi Ismail menceritakan liku-liku kehidupan sebelum berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Apa yang aku belajar sepanjang perjalanan hidup aku mengejar cita- nak buat animasi ni adalah:

Bakat bukan segalanya. Tapi komitmen dan usaha berpanjangan yang akan membuahkan hasil. Make sure the passion burning inside still burning. Find ways. Kadang-kadang nak give up tu biasa. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here