Risiko Covid-19, jangan guna tandas awam kotor

0
286

CYBERJAYA- Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan tandas awam sekiranya kemudahaan berkenaan kotor

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, ini kerana jangkitan Covid-19 boleh berlaku di kawasan tidak bersih dan tertutup.

“Semua kena jaga kebersigan diri, kalau kotor (tandas awam) jangan guna. Pilihan atas kita sendiri.

“Dalam masa sama, kita kena pastikan pihak yang menyelenggarakan buat kerja pembersihan dan nyah kuman.

“Jangkitan boleh berlaku di kawasan tidak bersih dan tertutup,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, semua pihak perlu memainkan peranan memutuskan rantaian Covid-19 dan bukannya berharap kepada Kementerian Kesihatan dan kerajaan semata-mata.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here