RON95, RON97 naik 5 sen, diesel naik 10 sen

0
200

CYBERJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 5 sen seliter manakala diesel naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 5 Jun depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu menggunakan Automatic Pricing Mechanism (APM).

Tambah kenyataan itu, kenaikan itu adalah dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.68 kepada RM1.73 seliter manakala RON95 pula naik 5 sen iaitu daripada RM1.38 kepada RM1.43 seliter.

“Harga runcit diesel naik sebanyak 10 sen iaitu daripada RM1.51 kepada RM1.61 seliter,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here