Sabarlah orang bujang, beri kerajaan sedikit lagi masa berbincang

0
170

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Golongan bujang yang meeindukan keluarga dan kampung halaman kerana tidak dapat kembali ke kampung masing-masing diminta memberikan sedikit lagi masa kepada kerajaan untuk mempertimbangkan kebenaran tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau memahami perasaan golongan itu dan kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran kepada golongan itu pulang ke kampung halaman.

“Saya memahami perasaan individu bujang yang rindukan keluarga selepas hampir tiga bulan tidak bertemu mereka.

“Saya bersimpati dengan individu bujang. Saya juga pernah bujang dan kalau boleh setiap minggu mahu berjumpa arwah mak dulu.

“Saya faham dan kerajaan sudah mula berbincang mengenai beberapa kelonggaran yang boleh diberikan dalam mesyuarat hampir setiap hari,” katanya.

Sehubungan itu katanya golongan bujang diminta memberi sedikit masa lagi untuk kerajaan berbincang.

Beri kami sedikit masa lagi untuk berbincang bilakah mereka boleh dibenarkan melakukan perjalanan. Kita takkan tutup selama-lamanya,” katanya sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here