Saintis UK sahkan koronavirus cetuskan keradangan dalam kalangan kanak-kanak

0
461
Salah seorang daripada lapan kanak-kanak yang positif koronavirus SARS-CoV-2 menunjukkan simptom seperti dijangkiti penyakit Kawasaki.

CYBERJAYA – Para saintis dari United Kingdom mengesahkan koronavirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19 boleh mencetuskan keradangan seperti penyakit Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut portal DailyMail, kajian yang dijalankan ke atas lapan orang kanak-kanak di sebuah hospital di Birmingham, United Kingdom mendedahkan kesemua mereka dijangkiti oleh koronavirus itu selama beberapa minggu sebelum menunjukkan simptom seperti dijangkiti Kawasaki.

Pasukan kajian yang diketuai oleh Dr. Alex Richter and Profesor Adam Cunningham dari Universiti Birmingham itu turut menjumpai bukti bahawa ujian pengesahan biasa Covid-19, iaitu ujian PCR, gagal mengesan kehadiran koronavirus tersebut.

Sebaliknya, pasukan tersebut terpaksa mewujudkan satu ujian khas dengan bantuan saintis daripada Universiti Southampton.

Ujian khas itu menunjukkan kesemua lapan pesakit positif koronavirus tersebut, dengan sistem imun mereka menghasilkan antibodi.

Buat masa ini, masih belum diketahui kenapa sindrom ini muncul beberapa minggu selepas jangkitan, namun para saintis percaya ia mungkin disebabkan oleh tindakbalas sistem imun badan terhadap koronavirus tersebut.

Buat masa ini, sindrom ini dinamakan sebagai Sindrom Keradangan Pelbagai Sistem Paediatrik Dikaitkan pada SARS-CoV-2 (PIMS-TS).

Sebagai rekod, penyakit Kawasaki adalah penyakit keradangan yang dapat menimbulkan komplikasi jangka panjang pada jantung. Penyakit yang sering dialami oleh anak di bawah usia 5 tahun ini awalnya menyerang mulut, kulit, dan kelenjar getah bening.

Pesakit yang menderita penyakit Kawasaki akan mengalami demam yang berlangsung lebih dari 3 hari dan muncul ruam kulit berwarna merah hampir di seluruh bahagian tubuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here