Salah ke ‘shoping’ raya musim Covid-19?

0
232
Gambar hiasan.

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

JANGAN sesekali samakan hidup kita dengan kehidupan orang lain hanya kerana kita tak lakukan perkara itu.

Begitulah kata-kata yang ditinggalkan dalam Facebook mengenai pertikaian atau komen warga maya membeli belah menjelang Aidilfitri walaupun negara berdepan dengan Covid-19.

Walaupun kita tak beraya sakan tahun ini tetapi keperluan setahun sekali itu menjadi satu kebiasan bagi seorang individu cuma pergerakan masih terbatas dek kerana terdapatnya SOP.

Tak salah jika hari-hari terakhir Ramadan  ini si ibu terlintas nak beli langsir sekali pun bahkan pakaian serba baharu untuk anak-anak kerana menjadi rutin tahunan si ibu atau si bapa menyediakan semua itu.

Jika tak pakai raya tahun ini, mungkin untuk perayaan-perayaan seterusnya.

Bagi penulis kumpulan yang membeli keperluan pakaian raya ketika ini mencari alasan terdapatnya  jualan murah tak masuk akal sehingga mencecah 70 ke 80 peratus.

Mana tidaknya, sedang elok ada duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Simpanan Wang Pekerja ( KWSP) kan, masa ini jugalah peluang mereka membeli.

Namun fikir baik-baik dan beringatlah… jangan sampai melakukan pembaziran cukuplah sepasang dua untuk anak-anak sebagai hadiah puasa dan duduk di rumah, ibu bapa pula ‘mix and match’ lah apa yang ada.

Berbeza persiapan raya tahun-tahun lalu kuih raya sampai 10 jenis, tak cukup duit sanggup bergadai dan pinjam duit daripada insan-insan tersayang kerana nak beli itu ini bagi memenuhi kepuasan diri dan keluarga.

Akhirnya berhutang.

Penulis lihat ramai mula sokong perniagaan sesama Muslim, sokong bisnes kawan-kawan dan keluarga sahaja sebagai tanda sokongan menguatkan ekonomi orang kita.

Walaupun penulis faham niat di hati nak tukar ‘carpet’ baru, langsir baharu, televisyen baharu tetapi lupakanlah sahaja dahulu.

Raya pun di rumah, dalam bersederhana dan berbelanja, ikutlah SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lebih penting janganlah mengkritik mereka.

Mereka yang beriya ‘shopping’ ada antaranya dah bertahun tak merasa, yang bujang pula penulis lihat untuk ganti pakaian yang sama pergi ke tempat kerja ada juga yang beli untuk dikirim kepada orang tua di kampung.

Raya ini hanya alasan sahaja pokok pangkal bagaimana kita berbelanja dengan mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan tahun 2020 yang sangat mencabar.

Tangguhkan dahulu cuti raya yang panjang ke satu masa yang lain mungkin tahun hadapan dan  pulun la dua bulan terus.

Qada’ terus mana- mana yang tak dapat kita ziarah supaya hubungan silaturrahim itu tidak terputus.

Penulis ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf dipinta.

‘Stay at home, stay safe’. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here