Sambut Aidilfitri secara tertutup, elak kunjung mengunjung

0
127
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Orang ramai khususnya umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi dinasihatkan supaya menyambutnya dalam suasana ‘tertutup’.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdulah berkata, ini kerana amalan kunjung mengunjung seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini sangat berisiko pada waktu sekarang.

“Kita semua kena jaga keluarga masing-masing dengan melaksanakan ‘perintah berkurung’ dalam rumah dan pastikan tiada orang luar yang datang berkunjung.

“Tambahan pula ahli keluarga yang datang dari zon merah, ini kena lebih berhati-hati,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Semalam, Arab Saudi menguatkuasakan perintah berkurung selama 24 jam ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara tersebut berikutan peningkatan kes Covid-19.

Susulan itu, ramai pihak yang bimbang penularan wabak Covid-19 ketika sambutan perayaan tersebut menggesa supaya kerajaan melihat semula kebenaran untuk membenarkan 20 orang ahli keluarga berkunjung ke rumah dalam satu-satu masa.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here