Sangkaan tiada rentas negeri silap

0
83


Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – “Saya menjangkakan, tak banyak kenderaan yang mahu merentas negeri rupanya sangkaan saya silap lagi hari ini,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau membuat kenyataan tersebut berhubung pertambahan kenderaan yang cuba membuat pergerakan merentas sempadan negeri untuk tujuan pulang ke kampung.

Menurutnya, semalam sebanyak 1,633 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh pihak polis.

“Ini bermakna semakin dekat dengan hari raya semakin bertambah jumlah kenderaan yang ditahan kerana mahu pulang ke kampung.

“Dalam sekatan ini polis masih lagi bertimbang rasa tidak mengenakan kompaun dan lain-lain tindakan. Tapi saya percaya akhirnya pihak polis pasti akan mengenakan tindakan undang-undang yang lebih keras lagi,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan kecuali atas hal kecemasan atau kerja, dan kebenaran rentas negeri perlu dikeluarkan oleh polis.
 
“Ini termasuk penerbangan dalam negeri termasuk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak. Orang ramai diminta untuk memohon kebenaran polis sebelum membeli tiket penerbangan.
 
“Bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak, mereka akan disaring sejurus tiba di lapangan terbang. Jika didapati negatif, mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Manakala individu yang didapati positif akan dihantar ke hospital untuk rawatan. Bagi yang ke Sarawak, mereka akan disaring sekali lagi pada hari ke-10 kuarantin wajib,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here