Sanusi MB Kedah ke-14

0
231
MUHAMMAD SANUSI MD. NOR

CYBERJAYA – Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dilantik sebagai Menteri Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Memetik portal Astro Awani, perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ammar, majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar ke-14 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu akan diadakan di Wisma Darul Aman kira-kira pukul 3 petang ini.

Terdahulu pagi tadi, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta merta selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Memetik Portal Malaysia Gazette peletakan jawatan itu diumumkan dalam satu sidang akhbar khas di Wisma Darul Aman.

“Saya sudah sembah kepada Sultan Kedah tentang hilang majoriti saya dengan ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Mukhriz berkata, beliau akan bertindak sebagai pembangkang bersama 13 ADUN Pakatan Harapan (PH) yang lain sehinggalah DUN dibubarkan pada 2023 kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here