Saringan Covid-19 ke atas semua PATI di depoh Imigresen

0
234

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Saringan Covid-19 (swab test) akan dilakukan ke atas semua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Depoh Imigresen KLIA, Bukit Jalil dan Semenyih.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan yang dicapai hasil Mesyuarat Khas Pengurusan PATI hari ini turut memutuskan untuk menghantar pulang PATI yang negatif Covid-19 ke negara masing-masing.

“Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) telah diminta untuk berbincang dengan rakan sejawat dan kedutaan negara terlibat bagi urusan menerima pulang rakyat masing-masing,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, selain dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), kerajaan juga telah mengenalpasti dua lagi hospital yang akan dikhaskan untuk PATI yang didapati positif, iaitu Hospital Kusta, Sungai Buloh dan Bangunan Wad Bersalin Lama, Hospital Kuala Lumpur.

” Kesemua pusat rawatan ini dijangka mampu menampung 1,430 pesakit,”katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here