Sasar 1 juta orang simpan 1 dirham sebulan

0
3293
Raudhah Dirham (kiri) dan Raudhah Dinar kini boleh didapati di Malakat Mall.

RAUDHAH CITY – Satu kempen kesedaran bagi menggalakkan orang ramai memiliki dirham dengan sekurangnya-kurang menyimpan sebanyak satu dirham sebulan yang mempunyai nilai tambah berbanding duit syiling.

Pengasas Malakat Mall, Mohd.Fadzil Hashim berkata, ketika ini orang ramai termasuk pelajar dididik menyimpan syiling dalam tabung dan kemudian disimpan ke dalam bank apabila sudah penuh.

Beliau menambah, berbanding dirham atau dinar, nilainya akan bertambah apabila disimpan lebih lama yang sudah tentu memberi manfaat kepada penyimpan.

“Kita cuba didik masyarakat terutama pelajar bahawa apabila menyimpan duit dalam tabung syiling tanpa dikeluarkan serta diletakkan di instrumen yang kekal nilai atau instrumen yang boleh bagi pulangan maka duit itu jatuh secara nilainya.

“Justeru, kita sasarkan seramai satu juta orang menyimpan sekurang-kurangnya satu dirham sebulan kerana dalam tempoh 30 tahun akan nilainya bertambah,” katanya ketika ditemui di sini.

Raudhah Dirham dan Dinar mula diperkenalkan sejak Isnin lalu yang mana satu dirham berharga RM30 manakala satu dinar seberat 4.25 gram bernilai RM1,200.

Mohd. Fadzil menambah, pihaknya melancarkan ejen Malakat Mall yang merupakan satu-satunya ejen menjual Raudhah Dirham dan Dinar.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memperkemaskan method bagi ejen tersebut supaya penjualan dirham dan dinar berjalan lancar.

Tambah beliau, pelantikan ejen tersebut membolehkan capaian kepada masyarakat untuk membelinya lebih luas.

Selain itu beliau dalam pertimbangan untuk menjual dirham dan dinar tersebut di kampus-kampus Brainy Bunch seluruh negara selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Di kampus itu orang ramai boleh menukar syiling mereka membawa kepada dirham atau dinar.

“Bagi penduduk di Lembah Klang pula, mereka boleh berbuat demikian dengan datang sendiri ke Malakat Mall yang mempunyai mesin mengira duit syiling,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here