‘Saya akan bertindak’

0
1199
Wee Ka Siong meneliti dokumen ketika memasuki pejabatnya di Kementerian Pengangkutan Putrajaya hari ini. – Gambar Facebook Wee Ka Siong.

CYBERJAYA – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong akan memanggil satu sesi taklimat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk segera meneliti dan menyemak cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 melibatkan kemalangan maut berpunca daripada pengaruh dibawah alkohol.

Beliau berkata, pindaan akta itu mestilah dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan, sebelum ia dibentangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat(BLPD) 

“Saya sangat sedih dengan berita mengenai kemalangan khususnya melibatkan pemandu mabuk, malah sepanjang bulan ini saja, beberapa kemalangan berturut-turut dilaporkan adalah berkaitan pemandu mabuk,” katanya menerusi hantaran akaun Facebook milik beliau hari ini.

Ka Siong berkata, beliau mengambil kesempatan cuti Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk beraada di pejabat Menteri Pengangkutan bagi meneliti semua cadangan berkaitan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya akan bertindak dan komited demi pembelaan kepada mangsa korban dalam kemalangan maut dan juga menegakkan keadilan untuk keluarga mangsa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 malam tadi, seorang pemandu Toyota Yaris maut dilanggar sebuah kereta dipandu lawan arus dipercayai akibat pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan, Kuantan, Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superitendan Kamarulzaman Jusoh berkata, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here