‘Saya maafkan pihak memfitnah saya’

0
990
Mohamed Faroz Mohamed Jakel memaafkan pihak yang melemparkan pelbagai fitnah terhadapnya. – Gambar FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel memaafkan pihak yang melemparkan fitnah kepadanya mengenai isu yang timbul baru-baru ini.

Enggan menceritakan kembali perkara itu, beliau memaafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah dari lubuk hatinya.

“Saya maafkan semua orang yang mencerca dan fitnah saya dari hati saya. Saya minta pada Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, aku banyak dosa dengan Kau. 

“Aku mohon pengampunan dan Kau juga akan lihat bagaimana aku mengampunkan orang-orang yang salahkan aku dan Kau juga akan lihat bagaimana aku mengampunkan orang-orang yang salahkan aku dan aku ampunkan semua,” katanya kepada Malakat Tribune.

Mohamed Feroz juga berdoa mengharapkan Allah mengasihkan, ihsan dan ampunkan dosanya.

Beliau menambah, untuk meminta pengampunan daripada Allah kena bersihkan hati dulu kerana Islam itu datang dari hati yang bersih sekali gus mendapat syafaat daripada Rasulullah.

Katanya, niat beliau menceburi perniagaan adalah jihad ekonomi bagi membantu orang Melayu dan bukan untuk diri sendiri. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here