Saya pun sayu – Perdana Menteri

0
116

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berseloroh supaya stesen radio dan televisyen tidak terlalu kerap memutarkan lagu Dendang Perantau memandangkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini warga kota tidak dibenarkan pulang ke kampung di negeri berlainan.

“Stesen-stesen televisyen dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga.

“Mainkanlah lagu-lagu hari raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok dalam YouTube ada lagu “Jange Kelik La Weii”. Lagu ni pun ok lah,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau memahami ramai yang sedih tidak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga namun berharap semua bersabar sehingga keadaan kembali pulih.

“Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga. Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada semua umat Islam, hari ini.

“Mudah-mudahan peristiwa Nuzul Al-Quran mengingatkan kita supaya sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

“Saya juga mendoakan semoga umat Islam di negara ini dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here