Sedih lihat rakyat beratur di kedai pajak gadai – Ismail Sabri

0
166
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ialah sebuah keputusan yang terancang, bukan terburu-buru seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan yang dibuat itu adalah selari dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan tertakluk kepada Akta 342, Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Saya tengok laporan media, sedih saya, ada rakyat kita beratur di depan kedai pajak gadai. Ini berlaku kerana mereka tiada duit.

“Kita buat pertimbangan antara kesihatan dan ekonomi negara, juga ekonomi rakyat yang miskin,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Minggu lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB yang dilaksanakan pada Isnin lalu membuka ruang kepada sebahagian besar sektor ekonomi beroperasi semula.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan juga bimbang jika industri dan sektor komersial lain tidak dibenarkan, lebih satu juta rakyat akan kehilangan pekerjaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here