[VIDEO] Segala persiapan raya musnah dijilat api

0
212

BUKIT BESI – Kedatangan Syawal sudah tidak bermakna buat tujuh sekeluarga apabila rumah setingkat yang mereka diami di Kampung Dendang, di sini musnah dijilat api pada 13 Mei lalu.

Segala persiapan raya keluarga Maznon Abd. Rani musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6 petang itu namun, beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa menimpa keluarganya.

Al-Quran terpelihara daripada hangus dalam kebakaran di Bukit Besi, Terengganu

Menurut Maznon, ketika kejadian anaknya yang berumur lapan dan 26 tahun berada di rumah dan beliau bersama tiga anaknya yang lain ke Dungun bagi membeli barang kelengkapan baju raya.

Maznon berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh jiran ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah dan ketika itu dalam fikirannya hanya berharap kedua-dua anaknya di rumah selamat.

“Ketika saya sampai, rumah sudah hangus dijilat api. Saya difahamkan Bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman api ialah anggota bomba dari Balai Durian Emas dan Balai Dungun.

“Saya masih belum dimaklumkan mengenai punca kebakaran dan pihak bomba juga perlukan masa untuk kenal pasti puncanya. Rumah saya diami ini strukturnya campuran kayu dan simen.

“Kami tidak dapat selamatkan apa-apa barangan. Semuanya hangus… kelengkapan raya yang sudah dibeli juga turut terbakar. Saya redha dan pasra dengan apa yang berlaku.t

“Sekarang saya menyewa sebuah rumah tidak jauh dari rumah yang terbakar, semuanya diuruskan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune pada Isnin lalu.

Terdahulu Maznon menerima bantuan barangan elektrik melalui Program Zero Hunger berupa peti ais, dua kipas angin dan juga dapur bagi meringankan beban keluarganya.

Misi Program Zero Hunger ke Terengganu yang diketuai Ketua Operasi Brainy Ranger Emergency Response Team (BERT), Mohd. Fuad Rahim singgah di rumah Maznon selepas mendapat maklumat mengenai tragedi menimba keluarga berkenaan.

Menurut Maznon, beliau menerima dugaan itu dengan tabah dan redha kerana tragedi berkenaan sebenarnya berlaku pada tarikh yang sama semasa isterinya meninggal dunia tahun lalu iaitu pada 20 Ramadan.

“Ada hikmahnya, saya juga terkejut dengan kejadian ini…semua barangan musnah terbakar kecuali buku terjemahan al-Quran yang hanya terbakar di bahagian tepi sahaja. Ini menunjukkan kebesaran Allah.

“Sebenarnya, pada sebelah pagi rumah itu saya telah cat baharu sebagai persiapan raya. Namun, Allah ada perancangannya dan saya balik tengok rumah sudah hangus terbakar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Fuad berharap sumbangan yang disampaikan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kembali menceriakan keluarga berkenaan untuk menyambut Syawal.

“Kita dapat tahu mengenai tragedi yang menimba kelaurga ini selepas dimaklumkan oleh salah seorang daripada sukaralewan BERT yang menyertai misi Program Zero Hunger ke Terengganu.

“Alhamdulillah kita sampaikan barangan elektrik dan juga wang tunai untuk menceriakan kembali keluarga ini walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada kepada Maznon menerusi akaun CIMB
(7036125352) Maznon Abd Rani.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here