Selangor catat bilangan positif Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak

0
144

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun sebanyak 77 kes.

Menurutnya, ia turut diikuti oleh Negeri Sembilan (48 kes), Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28 kes) serta Sabah (26 kes).

“Sehingga hari ini terdapat 317 kes positif Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

“Daripada jumlah tersebut, 112 kes (35 peratus) adalah di kalangan kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah, dan 22 kes dalam kalangan bayi kurang daripada 1 tahun,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak￾kanak bawah 12 tahun.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu, selain warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi adalah juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

“Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti Covid-19. Mereka memerlukan ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga yang lebih tua untuk melindungi kanak-kanak dan bayi daripada bahaya jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa dan penjaga perlu memberi didikan kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun, dan sangat digalakkan memakai penutup mulut dan hidung di kawasan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here