Selayang, Chow Kit tidak dikenakan PKPD

0
174
Tular di media sosial apabila netizen memuat naik gambar anggota tentera melaksanakan kawalan di sekitar Chow Kit.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYEBRJAYA – Dua kawasan di Selayang serta Chow Kit tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia sebaliknya menjelaskan kawalan di kawasan itu diperketatkan secara pentadbiran.

“Belum, selagi saya belum mengumumkan (PKPD), itu bermakna tidak ada PKPD di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, kita hanya memperketatkan kawalan secara pentadbiran di kawasan terbabit, mungkin kawal dengan kawad duri dan sebagainya tetapi bukan PKPD,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini tular dalam media sosial, kononnya Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang manakala Chow Kit membabitkan kawasan sekitar Jalan Raja Bot dikenakan PKPD bagi membendung penularan Covid-19. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here