Semak permohonan baharu, rayuan BPN hari ini

0
306

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskanmelibatkan peruntukan sejumlah RM1.7 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran BPN akan dibuat secara sekali gus mulai 15 Mei ini.

“Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN adalah 10.6 juta merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion di mana terdapat tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion.

“Kerajaan berharap bantuan ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, status permohonn baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai hari ini melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my/ . –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here