Semua ahli Parlimen negatif ujian saringan Covid-19

0
184
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kira-kira 750 ahli Parlimen dan kakitangan di bangunan Parlimen telah menjalani saringan kesihatan Covid-19 bagi menghadiri Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan diadakan Isnin ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini keputusan yang diperoleh ialah negatif.

“Kita sudah laksanakan ujian berkenaan kepada ahli Parlimen dan kakitangan di sana, semalam ialah tarikh akhir untuk lakukan proses saringan berkenaan.

“Keputusan setakat ini tiada yang positif, kita akan buat sehari dua lagi, dan akan maklumkan keputusannya esok,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini

Sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan Isnin ini hanya dihadkan sehari sahaja yang mana hanya titah diraja diadakan manakala usul lain tidak dibenarkan.

Langkah tersebut dibuat bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda dalam negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here