Semua individu berpeluang miliki Dirham

0
373

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Projek Raudhah Coin merupakan salah satu perancangan masa depan dalam inisiatif membentuk ekosistem ekonomi Islam yang sedang dibina.

Dalam perkongsian menerusi akaun Facebook Koperasi Persatuan Pengguna Islam (KoPPIM), ia adalah salah satu projek yang mendapat sokongan daripada Koperasi Persatuan Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Menurutnya, Raudhah Coin merupakan satu mata wang yang berasaskan nilai emas sedang dibangunkan oleh tenaga pakar tempatan.

“Dengan kemajuan dan trend masa hadapan yang ke arah wang digital, tenaga pakar ini sedang membina infrastruktur dan perkara teknikal berkaitan untuk menjadikan perkara itu berlaku.

“Sebagai salah satu projek permulaan untuk memulakan dan membiasakan tabiat menukarkan duit wang fiat sedia ada kepada wang berasaskan emas, Raudhah Coin memperkenalkan Raudhah Dirham dan Raudhah Dinar yang sudahpun siap,” katanya.

Kenyataan itu turut menambah, pihaknya teruja melihat dan memegangnya.

“Buat permulaan sasaran projek ini adalah kempen menukarkan duit syiling dalam tabung kepada Raudhah Dirham. 1 Dirham (2.975 gram perak) bersamaan RM30.

“Kempen kedua memberi mahar pernikahan menggunakan Raudhah Dinar (4.25 gram emas) bersamaan RM1,200,” katanya.

KoPPIM turut mengajak orang ramai mendoakan projek itu dipermudahkan dan diberkati.

Jelasnya. ia berperanan menjadi salah satu pencetus kepada mata  wang sebenar berasaskan nilai emas suatu masa nanti.

Sebelum ini,  Pengasas Muslim Distribution Centre (Muslim DC), Mohd. Fadzil Hashim
pernah mengumumkan Kempen Menukar Dirham sempena Mesyuarat Pemilik Kedai Muslim, Pelabur Baharu dan Pemilik Produk Muslim (Siri 2) pada Februari lalu.

Menurutnya, beliau mengajak orang ramai untuk menukarkan simpanan  wang syiling mereka kepada Dirham sebagai satu bentuk pelaburan penuh bermakna.

“Sasaran kita juga adalah kepada golongan pelajar untuk menggalakkan mereka menyimpan 1 Dirham setiap sebulan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here