Separuh bilangan penumpang dalam kenderaan pengangkutan awam

0
152

CYBERJAYA – Pengendali pengangkutan awam dan orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan selepas kerajaan membenarkan hampir semua sektor ekonomi dibuka semula bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi pengangkutan awam, jumlah penumpang dihadkan separuh daripada keseluruhan kapasiti sebenar.

“Misalnya sebuah bas yang kapisitinya mampu menampung 40 penumpang tetapi bermula esok hanya separuh daripada jumlah tersebut berada dalam kenderaan itu.

“Begitu juga tren seperti LRT, MRT dan Monorel hanya separuh penumpang dari setiap gerabak dibenarkan masuk bagi memastikan penjarakan sosial dan kebersihan diri dipatuhi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, bagi kenderaan persendirian pula dibenarkan untuk empat penumpang dari keluarga sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here