Separuh kes tempatan berlaku di luar kawasan PKPD

0
160
Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Separuh daripada 48 kes penularan Covid-19 tempatan yang dikesan sehingga tengah hari ini membabitkan penularan di kawasan bukan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Manakala baki selebihnya iaitu 24 kes, dikesan berlaku di kluster dan lokaliti di PKPD.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari ini, terdapat 55 kes baharu yang mana 7 kes adalah kes import.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,764 kes,” katanya dalam sidang akhbarnharian di Putrajaya di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 71 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,484 kes (70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan
kes).

Katanya, sehingga kini, seramai 28 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan memaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 105 kes (1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here