Sistem E-Covid kumpul data dengan lebih berkesan, tepat

0
154

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Hasil kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dengan beberapa agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membangunkan satu sistem pangkalan data yang dikenali sebagai e-Covid.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sistem itu dapat memastikan pengumpulan data
daripada lapangan dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

Menurutnya, penyeragaman sistem data makmal dari kesemua makmal Covid-19 (iaitu makmal-makmal KKM, universiti, MOSTi, hospital angkatan tentera dan juga makmal swasta) pula telah dipertingkatkan dengan menggunakan Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

“Sistem ini telah dibangunkan olehMakmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan telah mula digunakan oleh kesemua makmal Covid-19 mulai pertengahan April lalu.

“Ini adalah merupakan satu pencapaian yang baik berbanding dengan sebelum ini, di mana data dari lapangan dan makmal telah
dilaporkan secara manual,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here