Slot program TV Pendidikan di saluran Tutor TV Astro

0
218

CYBERJAYA – Program televisyen (TV) Pendidikan akan disiarkan di salurn Tutor TV, Astro selepas Kementerian Pendidikan (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) bersetuju untuk bekerjasama bagi menyiarkan slot berkenaan.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, kerjasama itu merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 6 April lalu. 

Tambah kenyataan itu, Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian. 

“Pendekatan ini akan dapat membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP. 

“Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro akan mula bersiaran pada esok. Program ini akan disiarkan selama dua jam pada setiap Isnin hingga Jumaat,” katanya kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, waktu siaran adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi menerusi saluran 601 dan pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran 603. 

“Rancangan berkenaan akan diulang siar pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang di saluran 601 dan pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang di saluran 603 pada hari sama,” jelas kenyataan itu. 

Kata kenyataan itu, program ini juga dapat ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun menggunakan peranti dengan sistem pengoperasian Android dan iOS.

Tambah kenyataan itu, jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan. 

“KPM yakin slot program TV Pendidikan melalui kerjasama dengan Astro ini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses PdP dilaksanakan dengan lebih meluas, terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini,” kata kenyataan itu. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here