Solat Jumaat, berjemaah, tarawih dibenarkan bermula esok

0
540

CYBERJAYA – Umat Islam di Wilayah Persekutuan dibenarkan mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri bermula esok dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, solat lain secara berjemaah boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat esok, berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5.

Memetik portal Berita Harian, bagaimanapun beliau berkata, bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.

‘Keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei lalu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here