SOP berbeza bagi penerbangan domestik dan penerbangan antarabangsa

0
295

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kerajaan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) berbeza penerbangan antara negeri dan antarabangsa bagi mengawal penularan Covid-19 dalam penerbangan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi penerbangan antarabangsa, kerajaan mewajibkan penumpang yang tiba di Malaysia untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Menurutnya, peraturan sama turut dilaksanakan di Sabah dan Sarawak bagi semua penumpang penerbangan antarabangsa atau domestik dari Semenanjung.

“Kita benarkan pesawat terbabit membawa kapasiti penuh (penumpang) kerana mereka akan diarahkan menjalani kuarantin wajib apabila sampai.

“Katakan pesawat itu dari United Kingdom (UK) dengan kapasiti penuh dan tiada penjarakan sosial dalam pesawat, tapi (penumpang) wajib kuarantin bila tiba di negara ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Bagaimanapun katanya, bagi penerbangan domestik, kerajaan hanya membenarkan jumlah penumpang sebanyak 66.4 peratus daripada kapasiti penuh untuk mematuhi penjarakan sosial dalam pesawat.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here