[email protected]: Buku Digital Interaktif percuma untuk murid sekolah

0
221

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Platform buku elektronik e-Sentral.com memperkenalkan buku digital interaktif STEM bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk diakses murid-murid yang mempunyai banyak masa di rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi satu kenyataan, e-Sentral.com memaklumkan usaha itu dilakukan sebagai khidmat sosial dengan tujuan agar murid sekolah dapat manfaatkan masa di rumah untuk eksperimen dan pemahaman sains yang lebih baik.

“Minggu ini menyaksikan Malaysia perlahan-lahan memulakan ekonomi semula dalam beberapa sektor.

Namun sekolah, kolej dan universiti, masih ditutup buat ketika sehingga satu masa yang akan dimaklumkan sebagai khidmat sosial dengan tujuan agar murid sekolah dapat manfaatkan masa di rumah untuk eksperimen dan pemahaman sains yang lebih baik,” katanya.

E-buku interaktif yang diberi nama [email protected], sinonim dengan [email protected], yang merupakan mantera PKP.

[email protected] disaijkan dalam bahasa Melayu, dan mempunyai tujuh projek yang boleh dicuba oleh murid-murid di rumah, dengan menggunakan bahan yang murah dan sederhana untuk membina kapal terbang kertas berkipas, roket air dari botol air mineral, helikopter batang ais krim, ketapel, dan banyak lagi.

[email protected] sangat menyeronokkan, dan dipenuhi dengan panduan, video dan grafik untuk membantu murid melaksanakan projek yang berkaitan dengan sains.

“E-Sentral berharap [email protected] dapat memberi pendedahan dan inspirasi kepada berjuta-juta murid, yang masih di rumah, dalam bidang STEM,” katanya.

Selain itu menurut E-Sentral mereka sentiasa membuka idea-idea baru untuk projek STEM tanpa tujuan komersial untuk turut menyumbang kepada siri [email protected] yang seterusnya.

” STEM @ Home boleh diperoleh secara percuma dari e-Sentral.com dan juga PNM ELIB, perkhidmatan digital Perpustakaan Negara dari pautan https://www.e-sentral.com/book/info/311539/stem-at-home
Perpustakaan Negara Malaysia ELIB: http://pnm.elib.com.my/index.php/book/details/311539

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here