Sukar cari bahan mentah segar? Segalanya di Raudhah Grocer

0
367
Daging lembu segar dijual di Raudhah Grocer untuk pelanggan.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Penduduk Cyberjaya dan sekitarnya tidak perlu bimbang mendapatkan barangan segar sempena Hari Lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.

Masalah itu dapat diselesaikan apabila pasar raya Raudhah Grocer di Malakat Mall menyediakan bahan segar termasuk daging lembu dan ayam untuk pelanggan membeli-belah di pusat beli belah itu.

Pengurus Besar Raudhah Grocer, Syahidan Hamidon berkata, bermula minggu lepas, pihaknya setiap hari menyediakan daging lembu dari sebuah syarikat penternakan dan dihantar ke pusat veterinar di Shah Alam untuk proses disembelih.

Katanya, selepas disembelih dan dipotong kepada empat bahagian, ia akan diambil oleh pihaknya dan dibawa ke Raudhah Grocer untuk dijual kepada pelanggan.

“Selalunya kita akan jual daging dan bahagian lain seperti hati, limpa, ‘gear box’ dan lain-lain pada sebelah pagi.

“Kadang-kala kami boleh jual habis satu bahagian yang dianggarkan berat antara 180 hingga 200 kilogram (kg) pada sebelah pagi dan tambah lagi pada sebelah petang untuk pelanggan,” katanya kepada MBNews.

Syahidan berkata, pihaknya turut menawarkan harga berpatutan dan terkawal kepada pelanggannya untuk mendapatkan bahan segar di Raudhah Grocer.

Katanya, harga ditawarkan berpatutan selaras kawalan ditetapkan pihak kerajaan iaitu antara RM23 hingga RM42 sekilo bagi bahagian daging dan lain-lain.

Tambah Syahidan, selain daging, pihaknya juga menjual ayam dipotong kepada 16 bahagian yang dijual dengan harga RM8.50 sekilogram.

Katanya, selain itu, di Raudhah Grocer turut menjual ayam kampung dengan harga RM17 seekor.

“Semalam sahaja kami menjual kira-kira 200 ekor ayam kepada pelanggan dan bilangan ini bakal bertambah menjelang Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

“Begitu juga barangan lain seperti santan, kerisik, halia, lengkuas dan sebagainya digunakan untuk memasak dijangka akan bertambah minggu ini,” katanya.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan bekalan segar kerana boleh mendapatkannya di Raudhah Grocer.

“Insya-Allah kita akan sediakan bahan segar di sini (Raudhah Grocer) dengan harga berpatutan,” MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here