Suri rumah kongsi sambut raya musim PKP bukan pelik

0
150

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Seorang suri rumah yang ditemui di Malakat Mall baru-baru ini berkongsi cerita bahawa menyambut Aidilfitri di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah sambutan yang pelik.

Zalita Yusof,46, berkata, dia tidak pernah mempunyai perasaan itu kerana menyifatkan PKP memberi peluang setiap individu dan keluarga melakukan banyak perkara yang positif.

Kongsinya, tiada langsung istilah berdepan dengan pelbagai kekangan atau tidak sama dengan raya-raya sebelum ini kerana segala sambutan yang hendak dilakukan atas tanggungjawab sendiri.

“Saya dapat lihat sambutan raya kali ini memberi peluang kita melakukan  pelbagai perkara baik termasuk tentang diri kita, hubungan sesama individu lain, suami dan anak-anak sepanjang PKP ini.

“Saya rasa banyak lagi positifnya dan raya kali ini pun saya mahu lihat dari sudut positif dan mahu diberkati sahaja,” katanya.

Zalita berkata, semoga norma baharu menyambut hari raya  nanti menjadi satu situasi yang baharu lebih positif dan banyak memberi muhasabah diri.

Katanya, dia sendiri masih keluar dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mendapatkan barangan persiapan raya dan menariknya gembira melihat produk-produk Muslim tersusun elok di rak-rak.

“Sebenarnya saya dah tahu tentang Malakat Mall sebelum dibuka lagi cuma tak berkesempatan namun hari ini pertama kali saya datang.

“Baik untuk saya juga sebab kita tak perlu rasa risau untuk capai barang kerana semuanya produk orang kita,” katanya.

Dia yang mengusahakan perniagaan sendiri juga berkata, berasa lega kerana tidak lagi terdedah dengan nama-nama yang mungkin rasa seperti produk halal, nama Muslim tetapi sebenarnya produk itu tidak halal.

“Tetapi jika di Malakat Mall semua produk memang dari produk Muslim dan kita tidak perlu ragu-ragu lagi dan senang untuk ambil barang- barang makanan seperti ‘nugget’, sosej.

“Persiapan raya juga boleh didapati di sini namun pihak pengurusan boleh menambah lagi produk lain yang belum ada di sini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here