Tahanan warga asing di depoh imigresen perlu jalani saringan Covid-19

0
217
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Semua tahanan warga asing yang berada di Depoh Tahanan Imigresen perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya individu yang negatif akan dihantar pulang ke negara asal manakala yang positif pula akan diasingkan dan dirawat.

“Setakat ini, seramai 1,514 individu sudah disaring, termasuk 114 pegawai di depoh terbabit.

“Semua pegawai di depoh berkenaan tidak dijangkiti Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, setakat hari ini sebanyak 25 kes baharu dikesan melibatkan warga asing di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

Beliau berkata, majoritinya melibatkan warganegara Pakistan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here