“Tak boleh melencong ya”

0
171

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Berhenti atau singgah ke destinasi lain sepanjang perjalanan merentas negeri sepanjang tempoh empat hari ini adalah tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perjalanan adalah sehala menuju ke destinasi pilihan seperti mana permohonan yang dibuat kepada pihak polis.

“Di dalam permohonan kepada polis akan ditulis destinasi masing-masing. Contohnya kalau dari Johor dan pilih destinasi ke Kuala Lumpur, jadi perjalanannya perlu terus menuju ke destinasi tersebut.

“Tidak dibenarkan di dalam perjalanan apabila hampir waktu berbuka, melencong ke rumah abang di Melaka untuk berbuka dan selepas itu sambung perjalanan.

“Untuk berbuka puasa saya galakkan untuk bawa bekalan makanan di dalam kereta,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here