Tanggungjawab Zero Hunger bantu golongan dihimpit kesukaran

0
246
Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim (kanan) dan Datuk Nadzim Johan (kiri) pada penyerahan bantuan Zero Hunger dengan kerjsama Gardenia Bakeries Sdn Bhd di Malakat Mall, disini.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Kira- kira 100,000 permohonan diterima oleh penyelaras Zero Hunger dalam kalangan B40 yang berhadapan kekangan bekalan makanan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, usaha pihaknya bagi melengkapi usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan dalam menyantuni segala keperluan golongan berpendapatan rendah supaya mereka tidak menanggung penderitaan keterlaluan.

Menurutnya, walaupun PKP kini dilonggarkan menerusi PKP Bersyarat (PKPB), namun Zero Hunger meneruskan penjelajahan ke seluruh Semenjung Malaysia bagi membantu mereka yang dihimpit masalah kewangan.

“Zakat sudah turun, JKM sudah turun tapi masih tidak mencukupi sebab untuk memenuhi 40 peratus keluarga yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 tapi itu yang ada pendapatan.

“Dalam tempoh PKP ada yang tidak ada pendapatan. Jadi kitalah yang kena bantu,” katanya selepas majlis penyerahan dana PPIM dan Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. untuk program Zero Hunger, di sini.

Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan RM220,000 daripada Tabung Perjuangan NGO itu untuk Zero Hunger fasa ketiga.

PPIM tersebut berjaya mengumpulkan RM500,000 sumbangan orang sejak PKP fasa pertama untuk bersama dengan Malakat Mall membantu golongan yang terputus bekalan makanan akibat kekangan kewangan.

Mohd. Fadzil berkata, golongan B40 yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian sememangnya terjejas apabila PKP dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Katanya, selepas hampir 50 hari tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan ternyata golongan tersebut tanpa mengira bangsa dan agama semakin dihimpit kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, sehingga kini lebih 9,000 keluarga yang terputus bekalan sejak kerajaan menguatkuasakan PKP untuk membendung Covid-19 telah dibantu menggunakan data tersebut.

“Dalam tempoh PKP ada yang tidak ada pendapatan. Jadi kita kena bantu.

“Bila kita hantar bekalan makanan kita tidak kira bangsa dan agama, sebab orang lapar ini tanggungjawab semua bukan tanggungjawab untuk bantu orang Islam sahaja,” katanya. – MBNews.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here