
CYBERJAYA – Orang ramai yang mahu mengemukakan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diminta berbuat demikian sebelum 31 Mei ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dalam kenyataan berkata, rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM.
Tambah kenyataan itu, mereka juga boleh mengemukakan e-mel dan sebarang soalan boleh dimuatnaik dalam portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara) dan HASiL Live Chat.
Borang Maklum Balas di portal rasmi di pautan pantas selain akaun media sosial Facebook dan Twitter LHDNM. – MT