Tempoh empat hari dibenarkan rentas negeri ambil keluarga

0
266

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi Gerak Malaysia telah menetapkan empat hari pergerakan merentas negeri mulai esok hingga 10 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membolehkan orang ramai yang terkandas melakukan perjalanan merentas negeri untuk kembali ke kediaman masing-masing.

Menurutnya, ini termasuklah dari Kuala Lumpur ke kediaman mereka di luar Kuala Lumpur atau dari Kuala Lumpur pulang ke kampung mengambil keluarga yang terperangkap di kampung dan dibawa semula ke Kuala Lumpur.

“Menerusi ketetapan empat hari ini, esok dikhususkan untuk orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman mereka di negeri-negeri lain.

“Pada hari Jumaat (8 Mei 2020) dikhususkan untuk pergerakan bagi mereka
yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke kediaman masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Gambar hiasan

Ismail Sabri berkata, mereka dibenarkan untuk pulang ke kampung mengambil ahli keluarga yang ditinggalkan bersama orang tua di kampung.

Katanya, permohonan perlu dibuat melalui Gerak Malaysia dan memaklumkan mengenai perjalanan mereka.

“Jika hendak tinggal sehari dua di kampung mereka boleh balik berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh pihak polis.

“Pergerakan itu telah ditetapkan seperti 9 Mei adalah pergerakan yang dikhususkan kepada mereka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

“Pergerakan pada 10 Mei pula untuk mereka yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya.

Sementara itu, katanya lagi, pada tarikh pergerakan ditetapkan, tiada kemudahan makanandisediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuh
raya yang dilalui.

Katanya, surau sepanjang lebuh raya juga akan ditutup dan orang ramai tidak dibenarkan bersolat di kawasan lapang
atau bangunan sekitar R&R.

“Hanya kemudahan tandas awam beroperasi di lebuh raya manakala kawasan letak kereta hanya untuk tujuan rehat dan pengguna yang singgah tidak dibenarkan keluar dari kenderaan masing-masing, kecuali untuk menggunakan tandas,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here