
CYBERJAYA – Syarikat di negara ini diminta mengadakan temuduga menerusi dalam talian kepada mana-mana individu yang mendapat peluang pekerjaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kaedah itu sudah menjadi kelaziman malah kebanyakan negara telah melakukannya dalam pengambilan pekerja.
“Temuduga boleh dilakukan secara dalam talian. Banyak negara lakukan temuduga secara dalam talian terutama bagi mereka yang mendapatkan pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.
Sementara itu beliau berkata, tiada pegawai dan anggota Jabatan Penjara serta Jabatan Imigresen yang mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijangkiti Covid-19.
Ismail Sabri menambah, setakat ini PATI yang ditahan di penjara juga bebas daripada wabak berkenaan. – MT