Terima kasih barisan hadapan, kini giliran rakyat #kitajagakita

0
363

HARI ini bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu disambut dengan pelbagai perasaan masyarakat.

Ada yang rasa bimbang selepas lebih sebulan berada di rumah menyahut seruan kerajaan mengekang penularan Covid-19 dan kemudian kembali menjalani kehidupan serba baharu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah melihat pelbagai ragam dan reaksi rakyat dalam membanteras penularan wabak itu.

Langkah PKP dibuat adalah melandaikan lengkuk Covid-19 dan akhirnya berjaya semasa PKP fasa keempat dilaksanakan. Kita perlu melihat dengan lebih mendalam mengapa PKPB dilaksanakan. 

Bukan kerana hampir semua sektor ekonomi dibuka tetapi ia memberi ruang kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membantu rakyat mematuhi arahan PKP.

Bagi petugas Kementerian Kesihatan, mereka mengetepikan kerinduan terhadap keluarga dan ibu bapa demi melaksanakan tanggungjawab negara.

Akhirnya, lengkukkan itu menjadi landai. Bagi penulis ia sesuatu kejayaan kepada semua pihak kerana mematuhi setiap arahan dikeluarkan kerajaan.

Kepada anggota keselamatan yang menjalankan tugas, PKPB ini boleh mengendurkan rasa stres mereka. Bertugas 24 jam, mendidik rakyat supaya mengutamakan keselamatan keluarga dan kekal berada di rumah bukan sesuatu tugas mudah.

Penulis terbaca satu hantaran dalam satu akaun Facebook anggota keselamatan bergambar beramai-ramai apabila tugas mereka berakhir malam semalam. 

Apa yang mengejutkan warga maya menyampaikan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada anggota keselamatan itu yang bertugas selama kira-kira 50 hari.

Ada segelintir warga maya sebak melihat gambar itu. Mereka menganggap ia satu pengorbanan besar buat anggota keselamatan dalam menjaga keselamatan rakyat.

Kini bermulalah kita menjaga diri kita. Slogan #Kitajagakita perlu dibuktikan dalam PKPB. Jaga penjarakan sosial kita. Jika perlu tegur, tegurlah. Ia adalah kebaikan kita semua. 

Bukan mudah nak lakukan tapi demi keselamatan semua kita amalkan. Yang penting misi kita adalah memastikan penularan Covid-19 dapat dikekang. 

Jika barisan hadapan negara mendapat pujian pemimpin dan masyarakat dunia, kini kita sebagai rakyat yang cintakan tanah air bukitkan kepada mereka. Kita mampu lakukan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here