Terima kasih Misi… Anda hero di hati rakyat Malaysia!

0
274
Selamat Hari Jururawat.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Jika dilihat pada tahun ini ada sedikit perbezaan dengan sambutan Hari Jururawat 2020 kerana hari ini golongan ini berdepan dengan satu wabak Covid-19 yang memberi ancaman kepada rakyat Malaysia.

Pastinya ia akan tertulis dalam lipatan sejarah dalam profesion kejururawatan di dunia termasuk di Malaysia itu sendiri.

Ini kerana seluruh dunia sedang berperang melawan pandemik Covid-19 dan golongan jururawat antara wira barisan hadapan menjadi ‘benteng’ mahupun ‘penghalang’ bagi membendung penularan wabak penyakit ‘pembunuh’ ini.

Kita juga tahu, golongan ini bukan saja berkorban masa, tenaga serta perasaan, bahkan ramai terpaksa berjauhan, meninggalkan anak mahupun pasangan sain insan tersayang demi menunaikan tugas untuk negara.

Penulis yakin para jururawat ini kali terakhir berjumpa dengan insan tersayang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac lau.

Jika sebelum ini, mereka boleh pulang berjumpa dengan keluarga bagi mereka tinggal berjauhan, kini mereka tidak lagi dapat berbuat demikian kerana perintah PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Dengan hanya panggilan telefon mahupun video menjadi pengubat rindu buat para jururawat selain terpaksa pendam rasa sedih di dalam hati kerana mereka perlu tabah dan kuat demi tugas dan tanggungjawab yang dipikul di bahu mereka.

Penulis juga yakin penularan wabak Covid-19 yang melanda tanah air, ia satu pengalaman yang paling mencabar serta menguji ketahanan mental dan fizikal sepanjang mereka bertugas sebagai jururawat.

Dengan perasan rindu terhadap keluarga di samping tugas yang perlu diselesaikan selain berpanas dan berhujan, ujian sariangan tetap perlu diteruskan serta diselesaikan walaupun pada bulan Ramadan kerana masih ada kes kluater baharu direkodkan.

Bukan itu sahaja, memakai peralatan perlindungan diri (PPE) semasa berpuasa sudah tentu amat mencabar, pastinya peluh mencurah-curah dan basah lencun.

Jika bukan pada bulan puasa memakai PPE selama satu jam pun sudah kepanasan, dahaga dan bermandi peluh, apatah lagi pada bulan puasa.

Penulis sangat berharap dan berdoa kepada Allah agar seluruh pasukan barisan hadapan khususnya jururawat terus cekal berjuang dan berkorban masa, tenaga dan perasaan di medan peperangan Covid-19 demi rakyat dan negara.

Malah penulis juga berdoa agar rakyat Malaysia terus menghormati serta menghargai jasa, bakti serta pengorbanan insan yang bergelar jururawat ini.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2020. #KitaMestiMenang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here