Tiada caj tambahan ansuran perjanjian sewa beli

0
235

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan tiada caj tambahan atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli selepas Kementerian Kewangan mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara itu.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan syariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Tambah beliau, ini bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium iaitu penangguhan tersebut.

“Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.

“Maklumat lanjut boleh didapati dari bank masing-masing. Kerajaan berharap keputusan itu akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh mencabar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here