Tiada caj tambahan bayaran ansuran sewa beli

0
60
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan institusi kewangan untuk tidak mengenakan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli sama ada konvensional dan syariah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, peminjam hanya perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing.

Katanya, ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium itu.

“Maklumat lanjut, katanya, boleh didapati daripada bank masing-masing.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here