Aidilfitri: Tiada halangan rentas daerah

0
298

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada halangan untuk orang ramai membuat pergerakan merentas daerah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, walaubagaimanapun orang ramai diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Rentas daerah memang dibenarkan dan sepatutnya pihak polis disekatan jalan raya tidak akan arahkan orang ramai untuk berpatah balik.

“Tapi pihak polis akan berbuat demikian jika mereka tahu itu bukan rentas daerah tapi rentas negeri.

“Nak balik raya boleh, masih tertakluk kepada SOP. Bila sampai ke kampung, kalau rumah dah cukup 20 orang memang tak bolehlah,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Jelasnya, kebenaran merentas daerah tidak menghadkan masa atau jarak perjalanan.

“Rentas daerah tidak ada sekatan dan mereka bebas untuk bergerak di dalam negeri masing-masing.

“Jauh mana pun perjalanan masih boleh contohnya dari Kuantan nak ke Kuala Lipis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here